Aljabar. Kebanyakan siswa SMP dan
SMA kurang menyukai salah satu BAB dalam Matematika ini. Tetapi sebenarnya yang
membuat konsep awal Aljabar adalah Al-Khawarizmi. Nama sebenar al-Khawarizmi
ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu
Abdullah
Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat
sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi,
al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal
Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Di nama latinkan menjadi Aljabar.
Beliau telah
dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al
khawarizmi. al-Khawarizmi wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang
mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.
Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan
meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.
Dalam Kitāb al-Fihrist Ibnu al-Nadim, kita
temukan sejarah singkat beliau, bersama dengan karya-karya tulis beliau.
Al-Khawarizmi menekuni hampir seluruh pekerjaannya antara 813-833. setelah Islam masuk ke Persia, Baghdad menjadi
pusat ilmu dan perdagangan, dan banyak pedagang dan ilmuwan dari Cina dan India berkelana
ke kota ini, yang juga dilakukan beliau. Dia bekerja di Baghdad pada
Sekolah Kehormatan yang didirikan oleh Khalifah Bani Abbasiyah Al-Ma'mun, tempat ia belajar ilmu alam dan
matematika, termasuk mempelajari terjemahan manuskrip Sanskerta dan Yunani.
PENDIDIKAN
Dalam pendidikan telah dibuktikan
bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.
Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi
dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah
Islam dan kimia. Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau
telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri
dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah
al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja
dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik
dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan
khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara
perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis
Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh
yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu
pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan
konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman
sekarang.
Ketokohan al-Khawarizmi
Setiap tokoh mempunyai sifat
ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari
dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang
matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan
kajian yang dikaji. Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan
aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor
ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan
ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan
dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. Banyak kaedah yang diperkenalkan
dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan
dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga
sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam
geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga
diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah
diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan
al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat
ditakrifkan sebagai ilmu falaq
(pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang
kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang). Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua
buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi
pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian. Penggunaan matematik
dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini
disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna
aritmetik dan geometri sahaja.
Peribadi
al-Khawarizmi
Keperibadian al-Khawarizmi telah
diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap
sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh
orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian
yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur….” Maka
temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana
beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata….’
al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga
sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti
bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus
disanjung oleh orang Islam.
Cabang
Matematika
Antara cabang yang diperkanalkan
oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
GeometriIa merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang
diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan
utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid :
geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti
bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri
itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat
ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].
Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu
sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah
mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M. Algebra/aljabarIa
merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan
oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad
ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al
Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini
tak ada istilah aljabar.
Karya
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali
di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau
al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam
atau Angrism. Di Inggris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
- Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
- Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
- Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian
beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya Al-Khawarizmi
dan telah menjadi popular serta
dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini. Hasil karya
tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.Antara hasil
karya yang telah beliau hasilkan ialah :
- Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
- ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
- Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
- Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
- Al-Amal bi’ Usturlab’
- Al-Tarikh
- Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
Beberapa kontribusi beliau berdasar
pada Astronomi Persia dan Babilonia, angka India, dan sumber-sumber Yunani.
Sistemasi dan koreksi beliau
terhadap data Ptolemeus pada geografi adalah sebuah penghargaan untuk Afrika dan Timur –Tengah. Buku besar
beliau yang lain, Kitab surat al-ard ("Pemandangan Bumi";diterjemahkan
oleh Geography), yang memperlihatkan koordinat dan lokasi dasar yang diketahui
dunia, dengan berani mengevaluasi nilai panjang dari Laut Mediterania dan lokasi
kota-kota di Asia dan Afrika yang sebelumnya diberikan oleh Ptolemeus.
Ia kemudian mengepalai konstruksi
peta dunia untuk Khalifah Al-Ma’mun dan berpartisipasi dalam proyek menentukan
tata letak di Bumi, bersama dengan 70 ahli geografi lain untuk membuat peta yang kemudian
disebut “ketahuilah dunia”. Ketika hasil kerjanya disalin dan ditransfer ke Eropa dan Bahasa Latin,
menimbulkan dampak yang hebat pada kemajuan matematika dasar di Eropa. Ia juga
menulis tentang astrolab dan sundial.
Kitab I – Aljabar
Al-Kitāb al-mukhtaṣar fī ḥisāb
al-jabr wa-l-muqābala atau Kitab
yang Merangkum Perhitungan Pelengkapan dan Penyeimbangan adalah buku matematika yang
ditulis pada tahun 830. Kitab ini merangkum definisi aljabar. Terjemahan ke dalam bahasa Latin dikenal sebagai Liber
algebrae et almucabala oleh Robert dari Chester (Segovia, 1145) dan juga oleh Gerardus dari Cremona.
Dalam kitab tersebut diberikan
penyelesaian persamaan linear dan kuadrat dengan menyederhanakan persamaan
menjadi salah satu dari enam bentuk standar (di sini b dan c
adalah bilangan bulat positif)
- kuadrat sama dengan akar (ax2 = bx)
- kuadrat sama dengan bilangan konstanta (ax2 = c)
- akar sama dengan konstanta (bx = c)
- kuadrat dan akar sama dengan konstanta (ax2 + bx = c)
- kuadrat dan konstanta sama dengan akar (ax2 + c = bx)
- konstanta dan akar sama dengan kuadrat (bx + c = ax2)
dengan membagi koefisien dari
kuadrat dan menggunakan dua operasi: al-jabr atau (pemulihan atau
pelengkapan) dan al-muqābala (penyetimbangan). Al-jabr
adalah proses memindahkan unit negatif, akar dan kuadrat dari notasi dengan
menggunakan nilai yang sama di kedua sisi. Contohnya, x2 = 40x
- 4x2 disederhanakan menjadi 5x2 = 40x.
Al-muqābala adalah proses memberikan kuantitas dari tipe yang sama ke sisi
notasi. Contohnya, x2 + 14 = x + 5
disederhanakan ke x2 + 9 = x.
Beberapa pengarang telah menerbitkan
tulisan dengan nama Kitāb al-ǧabr wa-l-muqābala, termasuk Abū Ḥanīfa al-Dīnawarī, Abū Kāmil (Rasāla fi al-ǧabr wa-al-muqābala), Abū Muḥammad al-‘Adlī, Abū Yūsuf al-Miṣṣīṣī, Ibnu Turk, Sind bin ‘Alī, Sahl bin Bišr, dan Šarafaddīn al-Ṭūsī.
Buku 2 - Dixit algorizmi
Buku kedua besar beliau adalah
tentang aritmatika, yang bertahan dalam Bahasa Latin, tapi
hilang dari Bahasa Arab yang aslinya. Translasi dilakukan pada abad ke-12 oleh Adelard of Bath, yang juga
menerjemahkan tabel astronomi pada 1126.
Pada manuskrip Latin,biasanya tak
bernama, tetapi umumnya dimulai dengan kata: Dixit algorizmi
("Seperti kata al-Khawārizmī"), atau Algoritmi de numero Indorum
("al-Kahwārizmī pada angka kesenian Hindu"), sebuah nama baru di
berikan pada hasil kerja beliau oleh Baldassarre
Boncompagni pada 1857. Kitab
aslinya mungkin bernama Kitāb al-Jam’a wa-l-tafrīq bi-ḥisāb al-Hind
("Buku Penjumlahan dan Pengurangan berdasarkan Kalkulasi Hindu")
Buku 3 - Rekonstruksi Planetarium
Buku ketiga beliau yang terkenal
adalah Kitāb ṣūrat al-Arḍ ("Buku Pemandangan Dunia" atau
"Kenampakan Bumi" diterjemahkan oleh Geography), yang selesai pada 833 adalah
revisi dan penyempurnaan Geografi Ptolemeus, terdiri dari daftar 2402 koordinat dari
kota-kota dan tempat geografis lainnya mengikuti perkembangan umum.
Hanya ada satu kopi dari Kitāb ṣūrat
al-Arḍ, yang tersimpan di Perpustakaan Universitas
Strasbourg. Terjemahan
Latinnya tersimpan di Biblioteca Nacional de España di Madrid. Judul
lengkap buku beliau adalah Buku Pendekatan Tentang Dunia, dengan
Kota-Kota, Gunung, Laut, Semua Pulau dan Sungai, ditulis oleh Abu
Ja’far Muhammad bin Musa al-Khawarizmi berdasarkan pendalaman geografis yamg
ditulis oleh Ptolemeus dan Claudius.
Buku ini dimulai dengan daftar bujur dan lintang, termasuk
“Zona Cuaca”, yang menulis pengaruh lintang dan bujur terhadap cuaca. Oleh Paul Gallez, dikatakan
bahwa ini sanagat bermanfaat untuk menentukan posisi kita dalam kondisi yang
buruk untuk membuat pendekatan praktis. Baik dalam salinan Arab maupun
Latin, tak ada yang tertinggal dari buku ini. Oleh karena itu, Hubert Daunicht
merekonstruksi kembali peta tersebut dari daftar koordinat. Ia berusaha mencari
pendekatan yang mirip dengan peta tersebut.
Buku 4 - Astronomi
Buku Zīj al-sindhind ("tabel
astronomi”) adalah karya yang terdiri dari 37 simbol pada kalkulasi
kalender astronomi dan 116 tabel dengan kalenderial, astronomial dan
data astrologial sebaik data yang diakui sekarang.
Versi aslinya dalam Bahasa Arab (ditulis 820) hilang, tapi versi lain oleh astronomer Spanyol Maslama al-Majrīṭī (1000) tetap
bertahan dalam bahasa Latin, yang diterjemahkan oleh Adelard of Bath (26 Januari 1126). Empat
manuskrip lainnya dalam bahasa Latin tetap ada di Bibliothèque publique
(Chartres), the Bibliothèque Mazarine (Paris), the Bibliotheca Nacional (Madrid)
dan the Bodleian Library (Oxford).
Buku 5 - Kalender Yahudi
Al-Khawārizmī juga menulis tentang
Penanggalan Yahudi (Risāla fi istikhrāj taʾrīkh al-yahūd "Petunjuk Penanggalan
Yahudi"). Yang menerangkan 19-tahun siklus interkalasi, hukum yang
mengatur pada hari apa dari suatu minggu bulan Tishrī dimulai; memperhitungkan interval
antara Era Yahudi(penciptaan Adam) dan era Seleucid ; dan memberikan hukum tentang
bujur matahari dan bulan menggunakan Kalender Yahudi. Sama dengan yang
ditemukan oleh al-Bīrūnī dan Maimonides.
Karya lainnya
Beberapa manuskrip Arab di Berlin, Istanbul, Tashkent, Kairo dan Paris berisi
pendekatan material yang berkemungkinan berasal dari al-Khawarizmī. Manuskrip
di Istanbul berisi tentang sundial, yang disebut dalam Fihirst. Karya lain,
seperti determinasi arah Mekkah adalah salah satu astronomi sferik.
Beliau juga menulis 2 buku tentang
penggunaan dan perakitan astrolab. Ibnu al-Nadim dalam Kitab al-Fihrist (sebuah
indeks dari bahasa Arab) juga menyebutkan Kitāb ar-Ruḵāma(t) (buku sundial) dan
Kitab al-Tarikh (buku sejarah) tapi 2 yang terakhir disebut telah hilang.
No comments:
Post a Comment